
ASSALAMUALAIKUM W.B.T
NAMA
MUHAMMAD FAKHRUSY SYAKIRIN BIN AHMAD NASUHA (12DEE17F1012)
AHMAD NOR IRFAN BIN MOHD (12DEE17F1039)
MOHAMAD AMIRUL SYARIFUDDIN BIN HASSAN (12DEE17F1030)
TAJUK
KES PEMBUANGAN BAYI DALAM KALANGAN REMAJA
SESI
2017
NAMA PENSYARAH
PUAN SURIA BINTI EMBONG
PROGRAM
DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK
PENGHARGAAN
Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia Nya dapat juga kami menyiapkan folio kami yang telah diusahakan selama ini yang bertajuk 'Kes Pembuangan Bayi Dalam Kalangan Remaja'. Folio ini amat penting buat kami memandangkan perkara ini merupakan sebahagian daripada markah kami.
Ribuan terima kasih juga kami ucapkan kepada individu penting yang banyak membantu kami menyiapkan projek folio kami ini. Pertama sekali kepada Pn. Suria Embong selaku pensyarah Pengajian Malaysia kerana beliau banyak memberikan bimbingan dan semangat kepada kami.
Akhir sekali terima kasih kepada pihak-pihak yang telah membantu kami secara langsung atau tidak langsung sepanjang projek kami dijalankan dan dibentangkan.
PENGENALAN
Baru – baru ini, sering meniti dari bibir ke bibir tentang isu pembuangan bayi dalam kalangan remaja.Gejala tersebut telah menjadi berita hangat dalam negara Malaysia.Saban hari, kita dapat memperoleh berita tentang bayi dijumpai di dalam tandas awam,di tepi longkang,dan lain –lain tempat lagi tanpa ada perasaan perikemanusiaan dalam kalangan remaja.Tindakan remaja yang membuang bayi adalah untuk menyembunyikan perbuatan dusta. Hal ini diakibatkan oleh mereka tidak mahu diejek dan dicaci oleh masyarakat tempatan yang penuh suci.Tindakan mereka yang belum kahwin telah menjalankan hubungan seks dengan teman –teman telah melanggar undang – undang negara dan Allah.Jadi,apakah faktor yang menyebabkan kemelut pembuangan bayi dalam kalangan remaja?
Peranan Ibu Bapa
- Para ibu bapa seharusnya memberi perhatian, kasih sayang dan bimbingan yang penuh kepada anak-anak mereka lebih-lebih lagi pada peringkat remaja. Sekiranya ibu bapa kurang atau tidak memberi kasih sayang yang secukupnya maka anak-anak akan mencari kasih sayang tersebut dari orang lain seperti rakan sebaya. Oleh itu, ibu bapa mestilah memainkan peranan yang penting dalam membentuk sahsiah diri anak-anak mereka supaya tidak terjerumus ke lembah maksiat seperti seks rambang, pergaulan bebas, dan sebagainya.
Peranan Sekolah
- Selain itu, pihak sekolah juga memainkan peranan dalam mencorak sahsiah peribadi remaja daripada terjebak dengan gejala ini. Kementerian Pelajaran telah diberi tanggungjawab bagi mengenalpasti, merancang dan melaksanakan segala program dan aktiviti tindakan berhubung dengan pendidikan pencegahan masalah sosial .
FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN BERLAKUNYA PEMBUANGAN BAYI DALAM KALANGAN REMAJA
Kurang Didikan dan Kefahaman Agama
- Kekurangan didikan agama yang merupakan panduan dan pedoman hidup remaja telah menyebabkan mereka hilang haluan dalam kehidupan dan seterusnya terlibat dalam gejala-gejala negatif seperti pergaulan bebas dan sebagainya.
Pengaruh Rakan Sebaya
- Pada usia muda lagi, remaja amat mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya mereka. Hal ini menjadi bertambah teruk apabila mereka bergaul dengan rakan sebaya yang negatif dan tidak bermoral. Rakan-rakan yang negatif ini tidak teragak-agak mengajak remaja untuk melakukan perkara-perkara di luar batasan agama dan norma masyarakat. Remaja yang terjerumus dalam kancah-kancah negatif tersebut, tanpa segan silu melakukan hubungan seks rambang dan akhirnya menemui jalan buntu apabila mendapati bahawa dirinya mengandung. Dalam keadaan yang terdesak, mereka terpaksa membuang bayi mereka demi mengelakkan maruah diri dan keluarga tercemar.
Sikap Ingin Tahu Remaja
- Sikap ingin tahu tentang sesuatu memang wujud dalam diri remaja. Biasanya, mereka gemar mencuba sesuatu yang baru. Setiap perkara yang dilarang, itulah yang ingin diterokai oleh mereka. Remaja berfikiran bahawa mereka menjadi lebih matang sekiranya mencuba benda yang jarang dilakukan oleh orang lain, lebih-lebih lagi seks rambang. Mereka juga beranggapan bahawa diwaktu usia remajalah mereka patut berseronok dan bergembira sehingga melakukan perkara seperti seks bebas ini.
KESAN PEMBUANGAN BAYI DALAM KALANGAN REMAJA
Kesan kepada Bayi
- Bayi merupakan anugerah Tuhan yang paling berharga kepada pasangan suami isteri tetapi, bayi juga menjadi bebanan kepada pasangan-pasangan kekasih yang telah terlanjur dan tidak bersedia untuk memikul tanggungjawab di usia yang masih mentah, yakni usia remaja. Akibat daripada hilangnya sifat kemanusiaan dalam diri, bayi-bayi telah menjadi mangsa dan kesannya, semua bayi ini hidup tidak mengenali dan mendapat kasih sayang daripada ibu bapa kandung mereka. Bayi-bayi ini juga terpaksa memikul gelaran anak luar nikah sepanjang hidup mereka walaupun mereka menjadi mangsa keadaan dalam masalah ini.
- Kesan yang kedua pula adalah kesan kepada ibu bayi berkenaan atau lebih tepat lagi pesalah. Hal ini kerana, sewaktu pesalah melahirkan anak, mereka tidak berada dalam keadaan dan situasi yang selesa dan mengizinkan. Tanpa persediaan yang rapi, pesalah ini pastinya mengalami jangkitan kuman yang serius, kecederaan semasa melahirkan anak, dan juga kehilangan darah yang banyak. Majoritinya, mereka melahirkan anak dengan menggunakan kudrat sendiri tanpa pertolongan daripada pihak hospital dan pihak lain. Selain itu, pesalah juga sudah semestinya mengalami pelbagai masalah dalam diri seperti kemurungan, hilang keyakinan diri, dan juga masalah emosi.
Peranan Ibu Bapa
- Para ibu bapa seharusnya memberi perhatian, kasih sayang dan bimbingan yang penuh kepada anak-anak mereka lebih-lebih lagi pada peringkat remaja. Sekiranya ibu bapa kurang atau tidak memberi kasih sayang yang secukupnya maka anak-anak akan mencari kasih sayang tersebut dari orang lain seperti rakan sebaya. Oleh itu, ibu bapa mestilah memainkan peranan yang penting dalam membentuk sahsiah diri anak-anak mereka supaya tidak terjerumus ke lembah maksiat seperti seks rambang, pergaulan bebas, dan sebagainya.
Peranan Sekolah
- Selain itu, pihak sekolah juga memainkan peranan dalam mencorak sahsiah peribadi remaja daripada terjebak dengan gejala ini. Kementerian Pelajaran telah diberi tanggungjawab bagi mengenalpasti, merancang dan melaksanakan segala program dan aktiviti tindakan berhubung dengan pendidikan pencegahan masalah sosial .
PENUTUP
Sebagai kesimpulannya,semua pihak baik ibu bapa , masyarakat , sekolah atau kerajaan hendaklah bekerjasama dan menggembleng sepenuh tenaga dan kudrat untuk membanteras gejala pembuangan bayi dalam kalangan remaja.Masalah itu bagai duri dalam daging bagi negara.Jika kita tidak mengatasinya dengan segera maka nama baik atau imej negara akan runtuh.Tambahan pula,negara kita akan kehilangan banyak generasi yang bakal menerajui negara ke Wawasan 2020.Oleh itu, saya menegaskan lagi bahawa masalah sosial tersebut haruslah dihapuskan dengan segera supaya kadar pembuangan bayi dalam kalangan remaja dapat dikurangkan dan akhirnya dapat dibendung.Ayuh rakyat Malaysia,marilah kita bersama- sama merealisasikan dan melestarikan Misi Nasional.


No comments:
Post a Comment